My Kuali: Sup tulang sedap!

Asalamualaikum dan selamat tengah hari Isnin yang ceria…

 Cuti sekolah dah bermula dan kita mak mak SAHM ni pasti banyak luangkan masa didapo untuk menyiapkan hidangan buat keluarga terutamanya anak2 yang bercuti… dan apa menu untuk disajikan hari ini… kalau belum ade, meh la buat sup tulang macam kak rose ni… yang ni kak rose buat untuk en asben yang kurang sihat dan nak makan yang panas dan berkuah… jadi sup ni kira ok la kan… dan kak rose tak buat pun sambal kicap untuk digandingkan dengan sup ni seperti selalunya.. no pedas2 for time being… makan dengan nasi jer pun dah sedap..jom tengok resepinya..

 Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan

2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 
4 biji kentang [belah 4]

1 batang lobak merah [potong kecil]

1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]

1 batang serai [ketuk]

2 biji tomato [belah 4]
(lupa nak letak da…)
garam

bawang goreng
air secukupnya 

 
Bahan tumbuk

7 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

3 sm halia

1 s/k lada hitam 



Bahan rempah tumis

1 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga 


Cara membuat
 

1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.

3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.

4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
(30 minits, guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.

6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.

7. Tutup api dan masukkan tomato.

8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

ep2p-5small