My Kuali: Peria goreng udang

 sayur simple yet sangat sedap kegemaran en asben… kak rose pun suka jugak tapinya cuma tak selalu rajin nak memasaknya… hihi. maklumlah tukang makannya pun jarang2 nak makan kat rumah… bila balik kerja dah lewat, malam memang kami makan yang light2 jer. yang ni kak rose masak sbb ada kawan nak datang dan sempatlah kak rose masak peria ni… rupanya pebret dia jugak. sedap tengok dia meratah… Alhamdulillah, sangat happy tukang masak ni bila ada yang yang suka apa yang dihidang kan…

jom tengok resepinya…. terima kasih CMG yang kongsikan resepinya..

  1. Bahan Utama:-
    1 biji peria kambas
    1/3 cawan isi udang
    1 camca besar sos tiram
    1/2 cawan air

    Bahan Tumbuk Lumat:-
    1 biji bawang besar
    1 biji lada merah
    2 ulas bawang putih
    1/2 camca teh garam kasar

    Cara membuatnya:-

  2. Belah
    peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam
    air bersama 1 camca besar garam selama 15 – 20 minit. Kemudian toskan.
    Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  3. Dalam kuali, panaskan 2
    camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan sos
    tiram dan udang, kacau dan tuang air.
  4. Bila mendidih, masukkan
    peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 – 3
    minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah
    sedikit lagi

ep2p-2