NEW DELHI: Seorang hartawan berlian di India pada Khamis menghadiahkan ratusan pekerjanya dengan sebuah kereta setiap seorang, dan upacara penyerahan itu turut disertai Perdana Menteri Narendra Modi.


Sejumlah 600 pekerja Hari Krishna Exporters, sebuah syarikat perdagangan berlian yang diuruskan Savji Dholakia, menerima kereta keluaran negara itu, Maruti Suzuki, sementara ribuan lagi pekerja ditawarkan ganjaran wang tunai dan unit apartmen.

Majlis penyerahan hadiah itu dilakukan secara besar-besaran di lokasi terbuka di Surat, Gujarat.

Orang India biasa memberikan hadiah antara satu sama lain, terutamanya sempena kedatangan perayaan Diwali, iaitu festival Hindu terbesar yang meraikan kisah kebaikan yang mengatasi kejahatan.

Image result for Savji Dholakia

Savji Dholakia dalam bulatan



Related imageAcara penyerahan hadiah yang dihadiri Modi itu turut dikongsi kepada umum menerusi pautan video.

Dholakia sememangnya terkenal di serata India kerana kelaziman beliau memberikan ganjaran mewah untuk para pekerjanya sempena Diwali. Pada tahun 2016, acara seumpamanya menyaksikan Dholakia menghadiahkan ratusan unit apartmen.

“Matlamat program ini adalah untuk menghadiahkan pekerja yang setia dan berdedikasi kepada syarikat,” ujar Dholakia dalam status di akaun Facebooknya.

Amalan memberi hadiah sempena acara perayaan Diwali secara tidak langsung melonjakkan ekonomi India setiap tahun.