GV5: Aliff Syukri Luah Rasa Kecewa, Dakwa Diaibkan

PENAJA utama Gegar Vaganza musim kelima, Datuk Seri Aliff Syukri pada malam tadi meluahkan perasaan kecewa di Instagramnya.

“Sukar saya ungkapkan perasaan terhina. Kalau saya tahu macam ini tak payah nyanyi lagu #biarapaorgkata lagi bagus. Jangan layan saya macam budak sekolah, saya bayar berjuta-juta kot?,” tulisnya pada status pertama.

Kemudian pada status kedua pula, Aliff turut memohon maaf kepada rakan-rakan jemputannya.

“Saya mohon maaf pada @datoserivida, @datosrisalmahismail @zoeyrahman dan @kakgirlsebenar yang datang jauh-jauh.

“Tadi sepatutnya mereka join sekali menari tapi berlaku perkara yang saya tak rancang dan tak tahu apa motif mereka nak aibkan saya? Saya rasa macam mereka buat saya macam budak sekolah,” tambahnya.

Dalam program GV5 Akhir yang berlangsung itu, Aliff membuat persembahan dengan menyampaikan lagu terbaharunya, Biar Apa Orang Kata. – Awani

ep2p-2