PEMAIN Malaysia, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak (empat dari kanan) membuat percubaan ke gawang MaKUALA LUMPUR 3 Nov. – Malaysia menerima sun­tikan semangat bagi menghadapi Piala AFF apabila skuad kendalian Tan Cheng Hoe menewaskan Maldives 3-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.


Perlawanan menentang Maldives merupakan persiapan terakhir Harimau Malaya menjelang Piala AFF yang akan bermula pada 8 November hingga 15 Disember ini. Ini merupakan perlawanan persahabatan ketiga diharungi pasukan kebangsaan dalam persiapan mereka selepas menang 4-1 ke atas Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober lalu dan kemudian tewas 0-1 kepada Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, empat hari kemudian.

Malaysia walau bagaimanapun kembali meraih kemenangan apabila mendominasi sebahagian besar permainan ketika bertemu Maldives dan tidak berdepan masalah untuk membolosi gawang lawan menerusi rembatan voli penyerang Kuala Lumpur, Zaquan Adha Abdul Radzak pada minit ke-16 setelah menerima hantaran daripada Norshahrul Idlan Talaha.

Namun gawang Harimau Malaya cemas seketika apabila Maldives berpeluang untuk menyamakan kedudukan seminit kemudian tetapi percubaan Ali Fasir berjaya ditepis Khairul Fahmi Che Mat.

Malaysia semakin bernafsu untuk menggandakan jaringan tetapi percubaan pertahanan negara Aidil Zafuan Abdul Radzak pada minit ke-27 me­ngenai tiang.


Image result for malaysia 3-0 maldivesMalaysia meneruskan penguasaan bola pada babak kedua dan hampir menembusi gawang lawan apabila Norshahrul gagal menemui sasaran pada minit ke-49.

Benteng Malaysia kelihatan sedikit rapuh apabila Maldives dihidangkan dua peluang terbaik menerusi Ibrahim Mahu­dhee Hussain namun kedua-dua percubaannya gagal menerjah gawang tuan rumah.

Harimau Malaya walau bagaimanapun kembali memperkemaskan permainan dan menambah jaringan menerusi rembatan pemain gantian Safawi Rasid ketika permainan berbaki sembilan minit berpunca daripada sepakan sudut Norshahrul.

Ketika permainan memasuki minit terakhir, penyerang naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh meledak gol ketiga selepas dia tidak dikawal dengan rapi oleh pertahanan lawan.