Apple Dilaporkan Mengurangkan Penghasilan iPhone XS Max, XS Dan XR – Amanz

Tiga model iPhone dilancarkan tahun ini iaitu XS Max, XS dan XR. Ketiga-tiganya dilengkapi sistem imbasan wajah Face ID dengan rekaan hampir nirbingkai. Ketiga-tiga model menerima pujian kerana rekaan yang menarik, pemproses terbaik pada telefon pintar di pasaran serta kamera yang berkuasa. Tetapi sambutan pengguna terhadap iPhone baharu mungkin lebih rendah daripada jangkaan Apple.

Apple iPhone 2018Menurut laporan Wall Street Journal, Apple telah mengurangkan penghasilan unit untuk ketiga-tiga model untuk menghadapi musim perayaan. Ini besar kemungkinan adalah kerana jualan yang lebih rendah dan Apple tidak mahu menghasilkan lebihan stok. Malahan ketika penyata kewangan suku ketiga 2018 diumumkan, Apple telah meramalkan jualan iPhone tahun ini mungkin lebih rendah untuk suku keempat 2018 berbanding suku yang sama tahun lalu.

Jualan yang merudum tahun ini bukan masalah eksklusif kepada Apple. Pengeluar lain seperti Samsung, Vivo dan Oppo juga menunjukkan trend yang sama mengikut angka yang dikongsi oleh IDC baru-baru ini. Malahan di China yang merupakan pasaran terbesar telefon pintar, jualan peranti pada tahun ini berkurangan 15% berbanding tahun lalu. Era pengguna membeli peranti dengan kerap semakin berakhir dan kesemua pengeluar akan menerima kesannya.

ep2p-2