Xiaomi Redmi Note 6 Pro Mula Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM849 – Amanz

Xiaomi Malaysia kini telah pun mula menawarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi Note 6 Pro. Telefon pintar ini ditawarkan melalui beberapa kedai fizikal Mi Store seluruh negara, selain turut boleh dibeli secara atas-talian di Lazada dan Shopee.

Redmi Note 6 Pro merupakan telefon pintar pertama Xiaomi dibawah siri Redmi yang hadir dengan dwi-kamera hadapan dan dwi-kamera belakang. Selain daripada itu, ia turut dilengkapi dengan sokongan AI untuk menjadikan hasil rakaman gambar sangat cantik berbanding kebiasaan.

Melengkapkan ia juga adalah bateri 4000mAh yang menawarkan masa penggunaan peranti sepanjang hari.

Dari segi spesifikasi, Redmi Note 6 Pro hadir dengan skrin 6.26-inci IPS LCD, dijana cip Snapdragon 636, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera swafoto 20MP + 5MP, selain kamera belakang 12MP + 5MP.

Di Malaysia, Redmi Note 6 Pro dengan 3GB RAM dan 32GB storan ditawarkan pada harga RM849, sementara model 4GB RAM dan 64GB storan ditawarkan pada harga RM999. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini melalui Lazada atau Shopee hari ini.

ep2p-5small