‘Screen Unlock’ Adalah Sistem Imbasan Cap Jari Dalam Skrin OnePlus – Amanz

Pagi tadi, telah kami laporkan mengenai temu ramah Pete Lau bersama dengan CNET. Dalam temu ramah itu, Pete Lau menjelaskan sekali lagi kenapa tidak perlu sokongan pengecasan nirwayar. Kini, melalui kicauan Carl Pei – beliau memperkenalkan ‘Screen Unlock’, iaitu pemgimbas cap jari dalam skrin oleh OnePlus.

Disebabkan oleh pemgimbas cap jari dalam skrin ini jugalah mengapa bicu audio 3.5mm dibuang. Tetapi OnePlus ingin memperkenalkan fungsi baru dan inovasi baru untuk peminat mereka, jadi pengorbanan perlu dilakukan. Seperti yang ramai tahu, pengimbas cap jari dan wajah untuk nyahkunci dari OnePlus boleh dikategorikan sangat laju. Jadi mungkin OnePlus menemui jalan untuk membuat imbasan cap jari dalam skrin lebih laju dari pesaing.

Tambahan lagi, semasa temu ramah antara Pete Lau dan CNET – Pete Lau turut menjelaskan kenapa OnePlus 6T tidak memerlukan sokongan kalis air dengan pengiktirafan IP adalah kerana OnePlus 6T sudah mempunyai kalis percikan yang mampu bertahan daripada peranti terjatuh dalam sinki atau percikan air ketika hujan lebat. Jadi tidak munasabah untuk menambah kos untuk menerima pengiktirafan IP.

Nampaknya, OnePlus masih mengambil berat akan peminat mereka. Kerana tidak ingin ‘menambah’ kos yang tinggi serta ingin perkenalkan teknologi baru. Tidak seperti pesaing lain, kerana masalah pengecasan perlu dibaiki dengan kemaskini bentuk beta.


5 minit lepas

‘Screen Unlock’ Adalah Sistem Imbasan Cap Jari Dalam Skrin OnePlus

Pagi tadi, telah kami laporkan mengenai temu ramah Pete Lau bersama dengan CNET. Dalam temu ramah itu, Pete Lau menjelaskan sekali lagi kenapa tidak perlu sokongan pengecasan nirwayar. Kini, melalui kicauan Carl Pei – beliau memperkenalkan ‘Screen Unlock’, iaitu pemgimbas cap jari dalam skrin oleh OnePlus. Are you excited to try Screen Unlock? https://t.co/spaDDN17zD — […]


4 jam lepas

OnePlus 6T Masih Tidak Menyokong Pengecasan Nirwayar

Dengan OnePlus 6T, OnePlus akhirnya menerjah ke dalam arena penghasilan telefon pintar tanpa bicu audio. Ini dilakukan bagi menambah kapasiti bateri dan meletakkan sistem pengimbas cap jari dalam skrin pada model terkini menurut Peter Lau di dalam temuramah bersama CNET. Beliau turut mendedahkan OnePlus 6T masih tidak menyokong pengecasan nirwayar. Ini ialah antara fungsi yang […]


Okt 2, 2018

Ini Adalah OnePlus 6T

OnePlus sedia menjadualkan pengenalan telefon pintar baru mereka pada bulan Oktober ini, dan kini lanjutan daripada beberapa info tertiris sebelum ini, hari ini gambar penuh peranti berkenaan telah pun hadir ke arena web, dikongsikan oleh WinFuture. Secara kasar, rekaan peranti ini dilihat lebih kurang menyerupai rekaan Oppo R17 yang telah dilancarkan beberapa bulan lepas. OnePlus […]


Okt 1, 2018

OnePlus Mengacah OnePlus 6T – Memperlihatkan Lokasi Baru Pembesar Suara Hadapan

OnePlus 6T adalah pengganti kepada OnePlus 6. Ia dikatakan akan dilancarkan pada 17 Oktober kelak. Kini, kehangatan OnePlus 6T semakin membara dan OnePlus kerap mengacah peranti ini di Twitter rasmi mereka. An inspired form, endlessly refined. Experience a more natural way to unlock with the #OnePlus6T pic.twitter.com/vrJF0fuqE5 — OnePlus (@oneplus) October 1, 2018 Kicauan terbaru […]


Sep 28, 2018

Imej Bateri OnePlus 6T Tertiris – Berkapasiti 3700mAh

Pada ura-ura awal, bateri OnePlus 6 dikatakan adalah rekaan dwi-sel seakan iPhone X. Maklumat yang tertiris itu mengatakan rekaan bateri dwi-sel OnePlus 6T adalah daripada dua bateri berkapasiti 1850mAh. Terkini, tertiris adalah imej bateri OnePlus 6T yang hanya menunjukkan rekaan bateri biasa. Walaupun rekaan bateri ini kelihatan biasa-biasa sahaja, ia masih 3700mAh. Ini adalah satu […]


Sep 27, 2018

Imej Pengolokan Penuh OnePlus 6T Tertiris – Kini Lebih Jelas

Semalam, telah tertiris kad jemputan OnePlus 6T. Ia dikatakan akan dilancarkan pada 17 Oktober. Kali ini tertiris lebih jelas adalah imej pengolokan penuh OnePlus 6T. Seperti yang dijangkakan, OnePlus 6T adalah mirip kepada Oppo R17. Nampaknya OnePlus tidak bergurau dan memang benar bicu audio 3.5mm sudah tiada pada OnePlus 6T. Video ini menunjukkan hanya ada […]


Sep 26, 2018

OnePlus 6T Dijangka Bakal Dilancarkan Pada 17 Oktober

Beberapa imej rekaan OnePlus 6T telah tertiris sebelum ini menandakan ia hari menanti hari pelancaran rasmi yang semakin hampir. Kini surat jemputan ke majlis pelancarannya telah tertiris ke arena menunjukkan ia akan berlangsung pada 17 Oktober hadapan di India. Dari segi spesifikasi, OnePlus 6T dipercayai adalah sama seperti OnePlus 6. Perbezaan akan terletak pada pengguna […]


Sep 25, 2018

OnePlus Dikecam Kerana Membuang Bicu Audio Pada OnePlus 6T

Seperti yang sedia maklum, pada dua minggu lepas OnePlus 6T telah disahkan tidak akan hadir dengan bicu audio 3.5mm. Untuk itu OnePlus dikatakan akan hadir dengan Bullets v2 USB-C dan Bullets Wireless generasi baru agar peminat sedia berhijrah sepenuhnya ke dunia USB-C dan nirwayar. Kini, di Twitter rasmi OnePlus – selepas mengicau mengenai mereka hanya […]


Sep 20, 2018

OnePlus Hadir Dengan Video Acah Menandakan Pelancaran OnePlus 6T Semakin Hampir

OnePlus hari ini telah hadir dengan sebuah video acah mengkhususkan pasaran India, sekaligus memperlihatkan yang mana telefon pintar OnePlus 6T bakal dilancarkan secara rasminya tidak lama lagi. Melalui video acah berkenaan, pelakon popular Amitabh Bachchan bercakap seketika mengenai peranti berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, OnePlus 6T bakal hadir dengan penggunaan pengimbas cap jari pada skrin […]


Sep 13, 2018

OnePlus 6T Tidak Akan Menyertakan Bicu Audio 3.5mm

OnePlus sebelum ini telah hadir dengan perkongsian awal mengenai OnePlus 6T, mengatakan ia bakal hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin. Kini, selain daripadanya, pihak OnePlus hari ini berkongsi mengatakan OnePlus 6T tidak akan menyertakan sebarang sokongan bicu audio 3.5mm. Ini sekaligus akan menjadikan sekiranya anda gemarkan bicu audio, maka anda perlu mendapatkan OnePlus […]


Sep 10, 2018

OnePlus 6T Disahkan Bakal Hadir Bersama Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

OnePlus sering memperkenalkan dua peranti pada setiap tahun, dan kini mereka dalam persiapan untuk memperkenalkan OnePlus 6T. Lanjutan daripada ketirisan sebelum ini, kini OnePlus melalui CNet mengesahkan yang mana OnePlus 6T bakal hadir bersama sokongan pengimbas cap jari pada skrin. Pada hari ini, terdapat sejumlah peranti yang mengintegrasikan pengimbas cap jari pada skrin, termasuk oleh […]


Sep 6, 2018

Imej Pengolokan OnePlus 6T Tertiris

Semalam, kotak yang dikatakan adalah milik OnePlus 6T tertiris. Moto pada kotak itu bukan lagi ‘The Speed You Need’ seperti OnePlus 6, tetapi ‘Unlock The Speed‘ dengan ikon cap jari pada skrin. Ini berkemungkinan besar adalah OnePlus 6T akan hadir dengan imbasan cap jari bawah skrin. Kini, imej pengolokan OnePlus 6T berwarna merah tertiris. Ia […]


Sep 4, 2018

Kotak OnePlus 6T Tertiris Bersama-Sama Dengan Spesifikasi Yang Menakjubkan

Pada bulan lepas, video konsep OnePlus 6T telah diperlihatkan. Ia dikatakan akan meminjam rekaan dari Oppo R17 dengan skrin bertakuk seumpana titisan air. Kini tertiris, OnePlus 6T dikatakan akan menggunakan rekaan skrin yang hampir sama dengan Oppo R17 dan hadir dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Moto yang tertiris adalah – ‘Unlock Your Speed‘. […]


Sep 3, 2018

OnePlus Bakal Memperkenalkan Sesuatu Pada 15 Januari 2019 – Mungkin Sebuah Peranti Misteri

OnePlus tahun ini telah melancarkan OnePlus 6 pada bulan Mei lepas. Akan datang pada bulan Oktober atau November, OnePlus 6T pula akan dilancarkan. Tetapi OnePlus China telah menetapkan tarikh 15 Janurai 2019 untuk melancarkan sesuatu. Menjadi tanda tanya adalah jika OnePlus 6T akan dilancarkan pada Oktober atau November 2018 kelak, adakah OnePlus akan melancarkan telefon […]


Ogos 17, 2018

OnePlus 6T Dijangka Dilancarkan Pada Bulan Oktober

OnePlus dilihat akan meneruskan tradisi pengenalan dua telefon pintar pada setiap tahun, termasuk tahun ini dimana mereka dijangka memperkenalkan OnePlus 6T tidak lama lagi. Menurut laporan terbaru daripada CNet, OnePlus 6T dijangka dilancarkan pada bulan Oktober kelak. Buat masa ini, apakah yang bakal dibawakan oleh OnePlus 6T masih tidak diketahui lagi. Kebiasaannya, OnePlus sekadar menawarkan […]


ep2p-5small