My Kuali: Puff sadin simple

 kalau tak de rotan akar pun berguna.. itulah kata orang kan… jadi bila teringin nak makan puff tapi tak de kulit pastry, tisha roti pratha ni lah jadi penyelemat.. walaupun kejadiannya sangat lah senget benget sbb pratha ni akan jadi lembik dan susah nak hendle bila dah defrost…nak mudah kak rose kuar kan satu2, potong empat dan isikan dengan inti sadin… pas tu baru keluarkan next piece dan buat yang seterusnya… pun masih senget benget…ishhhh!!

 senget pun sengetlah, asal dapat makan hangat2 sadin puff yang sedap ni… rapuh dan sangat crunchy kulit dia bila guna roti prata ni… kalau nak goreng cam tu jer pun boleh, makan dengan gulai kari leftover… itu memang kesukaan kak rose la kan…pasal makan memang semuanya pebret lah!

ni lah kulit puff kak rose ni. mudahkan guna tisha’s roti pratha ni… inti boleh bubuh apa yang terasa tekak nak makan… dan yang ni kak rose guna inti sadin…ikutlah citarasa sendirikan…

ep2p-2