My Kuali: Lunch semalam…

 salam pagi minggu buat kawan2 semua… dah prepare untuk lunch ker? atau yang malas macam kak rose ni dapurnya merata2 kalau hujung minggu. tukang masak yang kurang rajin ni nak jugak berehat dan cuci2 mata kan… so semalam g jenjalan dan makan kat Pakli kopitiam… lunch yang mudah dan yang pasti mengenyangkan untuk kami berdua… kat ats tu chicken chop with mushroom sauce, tapi laaaamaaanya tunggu baru lah dapat!

 en asben makan nasik lemak special jer… lauk banyak dari nasi kot! ade sambal udang, sambal kosong, sebiji telor rebus, ikan bilis dan kacang, timun dan jugak seketul kari ayam ni… huh, kenyang sampai kepetang! malam bli yoong tau foo kat pasar malam pulak. beli jugak jagung rebus. sudahnya memang tak termakan lah… tak de tempat nak isi dah!

 the drink… teh ais limau for him dan untuk tuan tanah teh o limau panas jer.. tima kasih tukang bayar. senang tukang masak tak payah nak basuk pinggan bagai kan..

lepas makan, jalan2 tersinggak kat sini pulak… bagus jugak lah kan… bukan selalu pun! tima kasih sekali lagi ya tukang bayo..

yong tau foo, begini punya banyak, memang tak terabes la kan… jagung rebus tiga ketui pun tak termakan. biarkan dia betapa dulu dalam fridge, nanti boleh panaskan dan ngap lah. pebret tu!

ep2p-5small