Facebook Sedang Menguji Aplikasi Facebook Lite Untuk iPhone – Amanz

Facebook sedia menawarkan aplikasi Facebook Lite untuk pengguna Android disebabkan oleh had storan dan penawaran aplikasi berspesifikasi rendah. Kini, hari ini Facebook turut dilihat bukan sahaja menguji Facebook Lite untuk Android, tetapi juga untuk pengguna iPhone.

Facebook Lite untuk iOS hanya membawakan saiz sekitar 5MB sahaja, selain pada masa yang sama menggunakan kurang data dan juga tenaga bateri. Seperti untuk Android, aplikasi ini dilihat ditujukan untuk pengguna dinegara-negara membangun yang perlu membayar harga data yang tinggi.

Buat masa ini, Facebook Lite untuk iOS hanya diuji di Turki sahaja, dan tidak diketahui bilakah akan diperluaskan ke negara-negara lain seluruh dunia.

Layari : Facebook Lite untuk iOS

ep2p-5small