Image result for Angelika Wagener, 49BERLIN : Seorang lelaki dan bekas isterinya dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah hari ini selepas didapati bersalah menyeksa serta membunuh beberapa wanita dengan mengumpan mangsa ke kediaman mereka di sebuah perkampungan.

Atas pembabitan dalam kes yang diberi gelaran ‘House of Horrors’ itu, Angelika Wagener, 49 menerima hukuman penjara 13 tahun manakala bekas suaminya, Willfired, 48 dikenakan tahanan selama 11 tahun di wad psikiatri selepas bersalah menyeksa sehingga mati kedua-dua mangsa.


Pasangan berkenaan memerangkap sekurang-kurangnya lapan wanita sejak beberapa tahun lalu dengan menggunakan iklan di akhbar tempatan, sebelum mendera mangsa secara mental dan fizikal.

Mereka menyeksa mangsa dengan memukul, mencekik, membakar, mencabut rambut, menyimbah air panas dan mengenakan kejutan elektrik serta penyembur lada.

Angelika Wagener juga mengaku dalam mahkamah terbabit memotong mayat seorang mangsa berusia 33 tahun yang meninggal dunia akibat kecederaan parah pada 2014, dan membekukan ia kepada beberapa bahagian untuk dibakar sebelum menabur abu mayat mangsa di sepanjang jalan perkampungan itu.



The Höxter 'house of horror'Kedua-dua pasangan tidak berperikemanusiaan itu ditahan pada Mei 2016 selepas memukul sehingga parah seorang mangsa berusia 41 tahun yang kemudian meninggal dunia semasa sedang dirawat di hospital.

Mereka berhasrat untuk menghantar mangsa pulang ke rumahnya namun perancangan terbabit tergendala selepas kereta digunakan rosak dan terpaksa menghubungi ambulans berikutan kehadiran beberapa saksi di lokasi.

Pasangan itu ditangkap tidak lama kemudian selepas doktor yang merawat mangsa melaporkan kejadian terbabit kepada pihak polis. – AFP