Tragedi lemas di Gua Kelam

Pix malaysiantalk.com

KANAK-KANAK lelaki ditemui lemas selepas tergelincir ke dalam sungai di Pusat Rekreasi Gua Kelam, Padang Besar, hari ini.

Mangsa, N Vengadasalabati, 12, berasal dari Titi Tinggi dijumpai 150 meter dari tempatnya tergelincir berhampiran dengan jambatan di bahagian luar gua berkenaan.


Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, ketika kejadian mangsa bersama ahli keluarganya dipercayai melawat kawasan rekreasi terbabit.

“Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam jam 4.30 petang mengatakan ada seorang budak lelaki lemas di Gua Kelam.

“Mangsa dipercayai tergelincir dari laluan berhampiran sungai di kawasan terbabit memandangkan arusnya yang kuat sehingga melimpah dari tebing.


Mangsa dikatakan berjalan bersama ibubapanya secara tiba-tiba hilang keseimbangan dan terjatuh ke dalam sungai yang arusnya deras.

Mereka yang panik cuba menolongnya tetapi gagal kerana mangsa dibawa arus.

“Pihak polis dengan bantuan bomba berjaya menemui mayat mangsa selepas operasi mencari dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pihaknya sedang menyiasat dan belum mendapatkan keterangan penuh daripada keluarga mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Kawasan rekreasi berkenaan ditutup buat sementara waktu kepada pengunjung sejak beberapa hari lalu berikutan musim tengkujuh kerana paras air sungai di dalam Gua Kelam naik mendadak dan berarus deras. – HMetro

ep2p-2