Tersilap Masuk Gear, Kereta Mercedes Rempuh Restoran Makanan Segera

PETALING JAYA — Seorang pengurus tersilap tekan gear Mercedesnya sehingga merempuh restoran makanan segera dekat sini awal pagi kelmarin.

Lelaki itu, 40 tahun, melanggar bahagian depan selepas membeli sarapan di premis itu di Sunway Mentari sekitar 6 pagi, lapor Berita Harian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shariat berkata pintu, cermin dan dinding premis itu rosak.

Ujian polis mendapati lelaki itu, yang dikenakan tindakan saman, tidak mengambil alkohol. Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. – MalayMail

ep2p-5small