Image result for teong kim famKUALA LUMPUR 28 Sept. – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi bayangan bahawa khidmat Lim Teong Kim tidak akan digunakan sekiranya Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) diambil alih oleh badan induk tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia FAM, Datuk Seri Suba­han Kamal berkata setakat ini jurulatih berusia 55 tahun itu tidak berada dalam perancangan FAM setelah memecatnya daripada jawatan ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun (B-16) semalam.

“Saya tidak dapat memastikan sama ada Lim Teong Kim ada dalam perancangan FAM atau tidak sekiranya FAM mengambil alih NFDP. Apa yang penting adalah Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Abdul Rahman) tahu siapa yang akan me­nguruskan NFDP selepas ini.



“Kami sudah pun membentangkan perancangan FAM kepada menteri (Syed Saddiq) dan dalam perjumpaan itu terdapat wakil daripada MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara) dan Kementerian Pendi­dikan Malaysia.

“Kertas cadangan juga telah dihantar kepada menteri (Syed Saddiq) oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang mana kami ingin menyalurkan kepakaran yang ada kepada NFDP,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar Pemba­ngunan Bola Sepak Belia anjuran Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) di sini hari ini. – Utusan