“Saya tidak payah cium tangan untuk buktikan kesetiaan kepada Anwar”

BUTTERWORTH – Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nafi dakwaan akan meninggalkan parti itu jika gagal mempertahankan jawatannya pada pemilihan kelak. 

Azmin menyatakan kesetiaannya kepada parti tanpa perlu menunjukkan dan membuktikan kepada sesiapa sekalipun. 

“Jangan percaya khabar angin kata saya nak keluar PKR.

“Saya tidak payah cium tangan untuk buktikan kesetiaan saya kepada Anwar,” katanya di Perhimpunan Perai semalam. 

Azmin Ali kemudian menyelar tindakan sesetengah pihak yang menyifatkannya ‘tidak cukup reformis’.

Beliau sebaliknya berkata mengenali individu yang mengkritiknya tetapi bertindak lari ke luar negara ketika tindakan keras terhadap penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

“Saya tidak marah kepada orang-orang ini, tetapi geram lah juga. Saya boleh senaraikan siapa duduk di Jakarta 2 tahun, siapa duduk Australia 2 tahun, London 2 tahun. Dah selesai baru balik. Kemudian muncul… aku lah reformis.

“Kita kena tengok apa yang berlaku pada 1998… sekarang ini reformasi apa?

“Reformasi hari ini duduk dalam dewan yang berhawa dingin. Tetapi 1998 hingga 2000, berapa ramai dipukul, dihina di jalan raya. Ini bukan parti elit, parti ini bukan lahir di istana, parti ini lahir di jalan raya, berapa orang kena tembak, pijak, kena aib?”

Beliau juga memberi amaran kepada individu tersebut jangan cuba “hijack” agenda Reformasi dengan bersifat angkuh dan merasakan diri pandai.

Beliau juga memberi amaran kepada individu tersebut jangan cuba “hijack” agenda Reformasi dengan bersifat angkuh dan merasakan diri pandai.

Azmin kemudian berkata isu pengosongan Parlimen Port Dickson tidak patut dipanjangkan dan sepatutnya Pakatan Harapan menumpukan kepada agenda untuk memastikan kemenangam pada kerusi itu. 

“Kepimpinan Tertinggi PKR harus tumpu kepada kemenangan Port Dickson milik Pakatan Harapan (PH),” tambahnya. -SuaraTv

ep2p-5small