Orang Melayu Pemalas dan tak bertanggungjawab.. – PM Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kegagalan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) memajukan kaum Melayu adalah disebabkan kaum itu sendiri.

Dr. Mahathir berkata, DEB telah beri banyak peluang dan bantuan kepada Melayu tetapi tetap gagal kerana orang Melayu malas.

Menurutnya, orang Melayu tidak bekerja sekuat orang lain dan tidak mengambil berat terhadap aspek tanggungjawab selain lemah dalam menguasai ilmu serta maklumat yang diperlukan.

“Kita lebih suka serah kerja kepada orang lain. Kita sering kurang meneliti sebelum kita membuat keputusan dan bertindak.

“Kita cuma cari kerja yang ringan, di kilang berhawa dingin tetapi di situ pun daya keluaran atau produktiviti kita rendah,” katanya sempena Ulang tahun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM berkata, orang Melayu juga cepat menuntut hak dan gaji yang tinggi tetapi kerap cuti sakit.

“Kita tidak berasa malu kerana gagal menjayakan tugas. Oleh itu hasil kerja kita tidak seperti yang diharapkan.

“Apabila ditunjuk hasil kerja kita tidak sebaik hasil kerja orang lain, tanpa segan silu kita hanya berkata itu bangsa lain. Kita sudah akui kita memang begitu,” ujarnya.

Tambah beliau, dengan sikap itu Melayu tidak akan berjaya dan hanya akan berjaya jika memiliki dan mengamalkan nilai-nilai yang baik.

“Terdapat banyak nilai hidup yang baik tetapi saya sebut di sini hanya tiga sahaja iaitu rajin, beramanah dan berperasaan malu.

“Dengan tiga nilai ini sahaja pun kita boleh berjaya, kita boleh bersaing dengan orang lain dan menang dalam persaingan kita,” jelasnya.

ep2p-2