My Kuali: Sup tulang daging korban

Asalamualaikum salam selasa yang sejukkkk…

 Alhamdulillah, hujan rahmat dipagi hari… dan tak dapatlah nak berlenggang mak limah dipadang tu… dah hampir dua minggu kak rose tak berbrisk walk, minggu lepas pergi bercuti 2 malaysia dan minggu ni pula baru nak stat dah hujan pulak… jadi adalah alasan nak mengadap pc dipagi2 hari ni… kali ni nak kongsikan sup tulang daging korban yang kak rose lepas dapat daging tu… tapi ni baru nak post kat sini… dah tinggal gambar jer pun nak buat entry kat sini…kalau sapa yang ade stok tulang tu boleh la buat untuk memanaskan badan dihari yang sejuk ni… jom tengok resepinya..

 
Bahan-bahan


1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan

2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 
4 biji kentang [belah 4]

1 batang lobak merah [potong kecil]

1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]

1 batang serai [ketuk]

2 biji tomato [belah 4]

garam

bawang goreng
air secukupnya 

 
Bahan tumbuk

7 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

3 sm halia

1 s/k lada hitam 



Bahan rempah tumis

1 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga 



Cara membuat
 

1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.

3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.

4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
(20 minits jer guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.

6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.

7. Tutup api dan masukkan tomato.

8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

ep2p-2