My Kuali: Pengat ubi kayu

 dah dapat makan ubi, asik nak lagi pulak kan…. kali ni buat pengat pulak. orang v macam kak rose ni tekak pun nak makan yang macam dulu dulu jugak… anak memang tak nak makan kalau buat pengat macam ni… kalau ubi goreng tu nak pulak dia makan, tak kata makanan zaman jepun dah! kadang tu kalau teringin sangat nak makan, beli jer pengat macam ni. tapi tak kan sama dengan yang kita masak sendiri… dan yang penting boleh makan berulang2 sampai jemu, gitu!

 kak rose kongsikan resepinya ya..

Bahan bahan



3 ketul ubi kayu ( saiz sederhana) – buang kulit,
bersihkan dan rebus hingga empuk


2 cawan santan 3 sudu makan gula pasir – tambah jika suka
lebih manis 1 ketul gula kabung


1 helai daun pandan – simpulkan


Secubit garam


2 sudu makan sagu biji –
rendam terlebih dahulu. rebuskan hingga jernih dan tapiskan.

Cara cara




 1. Masukkan semua bahan kecuali ubi kayu ke
dalam periuk.
Panaskan dengan api yang perlahan.


2. Sentiasa dikacau supya santan
tidak pecah minyak.
Biarkan hingga gula hancur dan hampir mendidih.


3. Masukkan ubi kayu dan sagu biji yang telah direbus tadi. Biarkan
seketika dan kuah mendidih.


4. Dah siap boleh la dihidang.

ep2p-5small