My Kuali: Onde onde keledek

onde onde, buah melaka, kelepong? sama jer kan..

 banyak nama, tapi serupa jer kuihnya.. tapi yang biasa kita sebutnya adalah buah melaka kan.. kali ni kak rose buat dengan campuran tepung pulut dan keledek oren yang direbus dan dilenyak kan… cantik dengan warna asli keledek oren tu.. jom tengok resepinya.. terima kasih otai2 mask yang kongsikan resepi ni.

ONDE-ONDE KELEDEK
sumber: Yatie Memories
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan
2 cawan keledek- yg telah direbus dan dilenyek
2 cawan tpg pulut
1 ketul gula melaka – dipotong kecil2
1/2 biji kelapa – diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
pewarna kuning (kak rose x letak, kaler ori dari keledek tu jer)
1/2 cwn air atau secukupnya- utk diuli dgn adunan dan utk merebus onde2

Cara-cara
Lenyek keledek yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati
dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit2. Seterusnya masukkan
sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.
Kemudian buat
bebola kecil, masukkan potongan cula melaka ditengah2nyer tutup dgn
kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan
habis.
Jerang air dlm periuk hingga mendidih. Masukkan bebola tadi
kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya… dah
masak la tu..)
Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

ep2p-2