My Kuali: Laksam

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin… semuga semua ceria disamping keluarga tersayang.  cuti hari jumaat kak rose amik kesempatan buat laksam ni sementelah anak dan en asben pun bercuti… boleh lah makan sama2 kan… memula bila terpandang kat ig kak noor yang sungguh menggoda jiwa dan tekak, memang terasa sangat nak makan laksam ni… lama sungguh tak buat kot? ade beli kat pasar malam kat sini tapi tidak memenuhi rasa tekak jawa ni… nak jugak yang buat sendiri walaupun hanya untuk kami anak beranak… merajinkan diri jugak lah…dan yang bestnya….>>> dapat makan berulang2 😀😀.  jom tengok resepinya..

 Bahan-bahan untuk laksam

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
 

 untuk kuahnya…

bahan kuah:

  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam

  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum, bawang, bunga kantan (dipotong halus)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan (kak rose x makan so gantikan ngan udang kering)
  • garam
  • limau
 

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan.
    Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari
    melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk.
    Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan
    sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
    Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan
    kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar
    isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian
    masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak
    pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

ep2p-5small