My Kuali: Apam kampung

apam yang mudah nak buatnya dan sedap juga makannya… apa lagi dapat ciciah dengan kelapa parut yang muda dan digaul dengan sdikit garam… digandingkan pulak dengan secawan nescafe o… laju jer kak rose makan. dan separuh lagi kak rose bawak untuk buah tangan pergi mengaji petang2… boleh makan2 dan gebang2 lepas mengaji tu…resepinya kak rose cnp dari blog masam manis. mekasih ya ita.

1/2 cawan gula melaka atau gula perang
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

Satukan bahan ini dalam periuk dan masak sampai gula larut
Sejukkan, dan tapis. Pastikan dapat 2 cawan air gula ni, kalau kurang tambah sikt air jadikan 2 cawan

11 gm yeast
1 sudu teh gula
1/2 cawan air suam

Satukan semua bahan ini, kacau rata dan perap selama 10 minit. Ia akan berbuh-buih dan naik sekali ganda

4 cawan rata tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan air

Satukan tepung dan garam dalam bekas
Buat lubang kat tengah dan tuangkan yeast yang telah di perap tadi.
Gaul rata
Tuangkan air gula dan gaul rata
Tuangkan 1/2 cawan air lagi dan gaul rata sampai tidak berbentil. Kalau
susah boleh masuk dalam blender, tapi jangan masuk semua.. kena masuk
sikit-sikit sebab adunan kental blender susah nak berpusing. Kalau nak
guna hand mixer pun boleh.

Kemudian tutup ( tutup dengan tudung yang tinggi sebab adunan akan naik )
dan perap adunan selama 1 jam hingga ia nak 2 kali ganda
Sediakan loyang 11 inc yang telah di sapukan minyak
Tuangkan adunan dalam loyang
Tutup loyang dengan kertas aluminium supaya air kukusan tak menitis atas apam.
Kukus dengan api besar selama 40 minit
Bila dah masak, tunggu sejuk baru potong
nak mudah potong, sapukan sedikit minyak pada mata  pisau
 

ep2p-2