Cucur manis stick yg gemuks gemuks

buat lagi cucur manis stick yang viral sedikit masa dulu tu… buat atas permintaan tukang makan dalam rumah ni, so tukang masak pun ikutkan jer la… nasib baik mintak yang mudah  nak buat dan bahan pun memang ada kat dapo… boleh lah kita layankan walaupun kejadian cucr ni sangat lah gemuks gemuks, tapi sekejap jer dah tinggal piring! jom check resepinya sekali lagi..

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3 sudu gula
1 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam

Cara-caranya:

1) Didihkan air bersama gula, minyak dan garam
2) Masukkan kedalam tepung gandum
3) Gaul sebati
4) Biarkan sejuk seketika
5) Bentukkan dan goreng dengan api perlahan

ep2p-2