BMW Memperlihatkan Prototaip Motosikal Dengan Kemampuan Swatunggang – Amanz

Kereta swapandu sedang dibangunkan oleh beberapa syarikat automotif ternama dunia. Dengan sistem swapandu tahap 4, kenderaan zaman hadapan boleh berubah menjadi pejabat dan bilik tidur bergerak. Pada waktu yang sama motosikal swatunggang juga sedang giat dibangunkan oleh syarikat seperti BMW.

BMW Motorrad telah memperlihatkan prototaip BMW R1200GS yang mampu bergerak mengelilingi litar ujian tanpa campur tangan manusia. Tidak seperti Yamaha Motobot yang kami laporkan sebelum ini, motosikal swatunggang ini dibangunkan untuk tujuan keselamatan. Ia akan menganalisa penunggang dan sekiranya mengesan pergerakan yang boleh menyebabkan kemalangan (seperti tergelincir) ia akan segera mengambil alih. Ini diharapkan dapat mengurangkan risiko yang sentiasa dihadapi pengguna motosikal di seluruh dunia.

ep2p-5small