Amazon Echo Auto Dilancarkan – Pembantu Maya Dalam Kenderaan – Amanz

Amazon memulakan revolusi speaker pintar dengan melancar Echo empat tahun lalu dengan fungsi pembantu maya Alexa. Ini diikuti pula oleh Echo Dot dan Echo Show yang turut menjadi ikutan pengeluar lain seperti Google. Semalam mereka melancarkan Echo Auto pula untuk digunakan di dalam kenderaan.

Echo Auto ialah dongle yang membolehkan kawalan suara Alexa digunakan di dalam kenderaan. Dengan kawalan suara, pemandu boleh menggunakan sistem arah panduan Waze, mendengar muzik, melakukan panggilan telefon dan memberikan arahan pembelian produk. Ia mendapat sumber kuasa dari port USB kenderaan. Sambungan audio menggunakan bicu 3.5mm atau bluetooth turut disokong.

Ia dijual pada harga $49.99 (~RM 206) sebuah tetapi hanya dibuka kepada pengguna yang menerima jemputan sahaja buat masa ini. Dengan Echo Auto, Amazon mengembangkan penggunaan produk pintar mereka ke dalam kenderaan.

ep2p-5small