Amazon Bakal Hadir Dengan Pelbagai Produk Yang Dikuasakan Alexa, Termasuk Ketuhar Gelombang-Mikro – Amanz

Alexa adalah pembantu digital daripada Amazon. Ia turut merupakan pesaing kepada Google Assistant dan Siri. Alexa juga turut hadir dalam bentuk pembesar suara pintar dalam siri Echo. Kini, Amazon dilaporkan bakal hadir dengan lebih banyak produk yang dikuasakan Alexa.

Antaranya adalah ketuhar gelombang-mikro, sejenis aksesori dalam kereta, set teater rumah seperti subwoofer, amplifier dan receiver. Menarik sekali, kesemua produk baru ini dikatakan akan hadir dalam penjenamaan yang memfokuskan Alexa dan bukannya dalam siri Echo.

Jika Amazon berjaya menghasilkan profuk-produk ini, mereka akan bersaing dengan Samsung atau LG – kerana kedua syarikat ini sudah pun hadir dengan banyak produk pintar yang lebih kurang sama.

ep2p-5small