Pengecasan Pantas Pada Pixel XL 2016 Tidak Berfungsi Selepas Kemaskini Pie – Amanz

Google Pixel XL 2016 dilihat kerap mengalami masalah pengecasan pantas. Beberapa bulan lepas selepas menerima kemaskini Android Oreo 8.1 – peranti ini mengalami masalah pengecasan arus berlebihan.Tetapi Google berjaya baiki isu ini dengan kemaskini.

Kini, isu berkaitan pengecasan masih lagi berlaku. Cuma kini, pengguna tidak berjaya mengecas Pixel XL 2016 mereka dengan pantas. Baik menggunakan pengecas USB-PD asli dalam kotak atau mana-mana pengecas PD lain yang diiktiraf – ia tidak berjaya dicas dengan pantas. Isu ini berlaku selepas kemaskini Android Pie.

Isu ini seperti biasa dilaporkan oleh beberapa pengguna melalui Google Issue Tracker. Tetapi beberapa hari lepas isu ini telah ditutup dan dilabelkan sebagai “Won’t Fix (Infeasible)“. Ini bermakna Google tidak boleh baiki isu ini kerana ianya mustahil.

Nampaknya, sudah sampai masa untuk pengguna Pixel XL 2016 sudah boleh berpindah kepada Pixel 2 atau nantikan sahaja kehadiran Pixel 3 kelak.

ep2p-5small