BEKASI: Penalti penghujung perlawanan meranapkan impian Malaysia melangkah ke suku akhir Sukan Asia 2018 apabila tumbang 0-1 kepada Jepun, sebentar tadi.

Pertahanan negara, Dominic Tan menjatuhkan Ayase Ueda dalam kotak penalti pada minit ke-88 dan pemain berkenaan menyempurnakannya dengan menewaskan Haziq Nadzli di Stadium Patriot Chandrabhaga.


Ia menamatkan perjalanan skuad negara yang cemerlang menumbangkan juara bertahan, Korea Selatan dalam aksi kumpulan.

Terdahulu pada perlawanan berkenaan, Jepun dilihat lebih banyak menguasai permainan apabila mencipta sejumlah peluang.

Malaysia v Japan - Asian Games 2018 QF 2


Sepanjang perlawanan Samurai Biru menghadirkan gerun kepada gawang negara seperti percubaan penyerang Jepun, Reo Hatate pada minit ke-34.

Bagaimanapun mereka dihampakan dengan disiplin tinggi pemain negara serta ketangkasan Haziq di gawang.

Malaysia turut cuba mengimbangi penguasaan Jepun dengan melakukan beberapa gerakan yang mencemaskan lawan kendalian Hajime Moriyasu.

Peluang terbaik Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee membuka jaringan adalah menerusi dua cubaan Safawi Rasid yang mengegar tiang dan palang Jepun ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Malah Syafiq Ahmad hampir meledak jaringan untuk negara namun tandukannya sedikit tinggi pada minit ke-72. – BH


Comments

comments