My Kuali: Watermelon smoothie

Panas?, jom sejukkan tekak…

 ade lebihan buah tembikai dan yang lainnya tu pasti ada kat dapo kan… jom buat smoothie ni, layankan tekak masa panas2 cenggini memang awesome lah sangat…. slrupppp, sedapnya! resepi cnp dari blog CMG, mekasih ya Mat!

BAHAN-BAHANNYA :-)
 
500 g isi tembikai merah
2 – 3 camca besar gula pasir
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan air masak
3 cawan ais kiub
Secubit garam (sikitt jee tau!!)
Tembikai yang dibentuk untuk hiasan (optional)
Ais kiub secukupnya (tambahan)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan
    semua bahan di atas kecuali tembikai untuk hiasan. Kisar dengan
    kelajuan tinggi hingga semua sebati dan halus. Kalau boleh biar kisaran
    menghasilkan buih..
  2. Bentuk kan tembikai untuk hiasan mengikut
    kreativiti masing, dan selit tepi gelas yang telah disediakan. Letak kan
    3 – 4 biji ais kiub (tambahan) dan tuang watermelon smoothies tadi
    secukunya. Hidangkan sebagai pembasah tekak…..

ep2p-2