My Kuali: Nasi minyak hujan panas

ย nasik minyak hujan panas ni kak rose buat untuk juadah hari raya aidiladha rabu lepas… buat pun sikit jer macam dalam resepi tu sbb cuma kami tiga beranak jer raya kat sini… lagi pun kami baru saja balik dari kampung pada hari ahad tu dan cuti pun cuma sehari je kan… so raya kat sini dengan juadah yang serba simple ni..

ย resepi nasi minyak hujan panas kak rose kongsikan kat sini ya.. tapi bila dah gaulkan semua, macam tak cukup kaler la pulak kan… pucat lesi jer, dah tak de hujan panasnya ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ. tapi apa lah ada pada rupa – ayat nak sedapkan hati sendiri la tu kan??– asalkan rasa tetap umphhh. gitu!

Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)

3 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan

1 sudu besar minyak sapi

3 sudu besar minyak masak

1 labu bawang besar- hiris halus dan dadu kecil

2 ulas bawang putih dicincang

1 inci halia dihiris halus

1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga

5
cawan air rebusan ayam- *** sediakan dengan merebus beberapa ketul
ayam – bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih
kurang 10 minit. (kak rose guna kiub je)

2 sudu teh garam

2 helai daun pandan dicarik dan disimpul

sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

kismis, bawang goreng dan gajus

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi
dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus
(4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.

2.
Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke
dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke
dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.

3.
Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna merah dan
cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Ulang proses sama untuk
warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5
minit..Taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna

sekata bagi keseluruhan periuk.

4. Sedia dihidang bersama lauk-pauk lain.

beras yang kak rose guna untuk masak nasi minyak hujan panas ni…

ep2p-2