My Kuali: Lepat ubi kayu

 laaaaaama sangat mengidam nak makan lepat ubi kayu yang sedap ni. kebetulan masa nak balik dari kampung minggu lepas tu singgah kat kedai di Air hitam dan ternampak ubi kayu yang gemuks gemuks saiznya… 3 kilo sepuluh hengget katanya… so kak rose pun pilih, nak sikit jer dan amik lah 3 batang, sekali timbang pun dah lebih 3 kilo… balik rumah dengan eager nak buat lepat ni lah… dan akhirnya tercapailah hasrat dihati nak makan lepat yang sedap dan buatan sendiri!

resepi kak rose cnp dari blog Yatie, mekasih ya..

Bahan-Bahan

  • 4 cawan ubi parut (kalau belum parut/kisar dlm 1 1/2 kg ubi)
  • 1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja)
  • 1/4 cwn santan pekat 
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 2 sudu besar tpng ubi  
  • 1 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan, simpulkan* (*bahan yg perlu dimasak,sejukkan dulu dan tapiskan)
  • secubit garam 
  • Daun pisang secukupnya,-di layurkan dan lapkan bersih

Cara-Cara

  1. Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulur tengahnya.
  2. parut ubi ubi dan dapatkan dlm 4 cwn ubi yg
    telah diparut. tapiskan
  3. Setelah siap, ambil kanji yg terdapat pada air tos ubi tadi(yg keras dibawah dan airnya di buang).
  4. Satukan kanji ubi bersama ubi parut tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tpng ubi dan air gula merah yg telah ditapis tadi.
  6. Gaul rata semuanya dan ketepikan dulu.
  7. Ambil daun pisang bersih tadi dan sudukan 2 sudu besar ke atas daun.
    Lipatkan kanan kiri dan bungkus dngn kemas. Bungkus sehingga habis
    adunannya.
  8. Kukus lepat ubi selama 40 minit dngn api sederhana kuat.
  9. Biarkan kuih betul2 sejuk, barulah dihidangkan.

ep2p-5small