My Kuali: Home made telor masin

 Bila dah puas makan gulai tolo itik, kak rose buat pulak telo masin ni… walaupun bukan penggemar tolo masin, tapi boleh lah sesekali makan untuk nak rasa. dan inilah hasilnya setelah direndam dalam air garam selama dua minggu… amik sebiji dan try dulu, Alhamdulillah just nice rasanya… tak lah masin sangat..

 dalam proses rendaman air garam..

Bahan-bahanya
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa
air secukupnya
(kak rose guna telur itik)

bekas
balang kaca

Cara-Caranya

1. Telur di basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah
selawat ke bismillah ke, lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan
permukaan telur dengan kain bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi,
lepas basuh telur tu boleh jemur kejap, hingga permukaan nye
betul-betul kering.
2.  Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam
betul-betul larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam
betul-betul sejuk.
3. susun telur di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi,
pastikan telur tenggelam dalam air garam, jika nampak terlu seperti
terapung itu tandanya air garam tu cukup masinya.
4. Tutup rapat balang kaca dan simpan selama 14 hari ke 21 hari, masa
dah 14 hari tu, ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi, boleh
keluarkan semua telur dan simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus
dan potong dua, selamat mencuba. 

dah ni dia, try test sebiji dulu…. just nice, tak masin sangat. so boleh la dah keluarkan dari air garam tu kan.. so sapa2 yang nak try buat tu… boleh lah ikut cara2 yang dah kak rose kongsikan tu. selamat mencuba!

ep2p-5small