Maxis Mengumumkan Zerolution360 – Perkhidmatan Langganan Naik-Taraf Telefon, Dilengkapi Perlindungan – Amanz

Maxis sebelum ini sedia hadir dengan sebuah penawaran yang dinamakan Zerolution. Melaluinya, pengguna boleh membayar langganan untuk telefon pintar yang membolehkan anda seterusnya naik-taraf ke telefon baru dengan mudah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan langganan berkenaan turut menawarkan khidmat perlindungan peranti secara berasingan – yang mana digalakkan untuk pengguna turut melanggannnya. Melaluinya, ia menawarkan perlindungan daripada kerosakkan skrin dan sebagainya. Hal ini sekaligus membawa kepada kos yang lebih tinggi kepada pengguna.

Menyedari maklumbalas para pengguna, kini Maxis hadir dengan sebuah penawaran baru dan menambah-baik penawaran Zerolution sebelum ini, dinamakan sebagai Zerolution360.

Maxis Zerolution360

Maxis Zerolution360

Maxis Zerolution360 ini dikatakan sebagai program keahlian telefon yang turut hadir dengan sokongan perlindungan peranti secara terbina – tanpa memerlukan anda membayar harga langganan tambahan. Malah, dari segi perbandingan kos, ia lebih murah jikalau dibandingkan dengan Zerolution sebelum ini.

Maxis Zerolution360

Maxis Zerolution360

Zerolution360 ini menawarkan perlindungan menyeluruh, termasuk dari segi gantian skrin (sekali), perlindungan dari kecurian dan kerosakkan, selain turut menawarkan khidmat penyelenggaraan pantas (tambahan RM10 sebulan) kepada pengguna. Seperti Zerolution asal, pengguna juga turut boleh menaik-taraf peranti selepas tempoh 12 bulan langganan sesuatu peranti.

Seperti biasa, untuk melanggan pakej ini, pengguna turut perlu melanggan talian Maxis One. Harga langganan Zerolution360 juga berbeza mengikut telefon yang dipilih anda.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman Maxis Zerolution360 untuk maklumat lanjut, atau untuk melangganannya hari ini.

ep2p-2