Instagram Kini Menguji Fungsi Komuniti Khusus Untuk Pelajar Universiti – Amanz

Hanya beberapa hari yang lalu Tinder U dilancarkan khusus untuk memudahkan golongan pelajar universiti mencari pasangan. Kini menurut laporan CNBC, Instagram menguji fungsi yang menyarankan pengguna untuk menyertai komuniti berdasarkan universiti dimana mereka belajar.

Dengan fungsi ini pelajar akan dimasukkan ke dalam kumpulan berdasarkan universiti dan tahun belajar. Kesemua Stories dari ahli kumpulan dapat ditonton serta penghantaran mesej peribadi. Buat masa ini ia hanya diuji di universiti di Amerika Syarikat dan terbuka kepada pengguna yang masih belajar. Pengenalan fungsi ini adalah kitaran lengkap Facebook yang diasaskan sebagai platform pelajar universiti untuk mengenali rakan sekolej.

ep2p-5small