Honor Note 10 Ialah Peranti Pertama Dengan Sistem CPU Turbo – Amanz

Pada Honor Play, sistem GPU Turbo diperkenalkan yang mampu meningkatkan kemampuan grafik untuk menjalan permua dengan lebih lancar. Dengan pelancaran Honor Note 10 semalam pula, sistem baharu CPU Turbo pula diperkenalkan buat pertama kali. Menerusi CPU Turbo, kelajuan pemproses Kirin 970 boleh dilewahjam (overclock) untuk meningkatkan prestasi menjalankan aplikasi.

Untuk memastikan kestabilan peranti ketika menggunakan mod CPU Turbo, Honor menggunakan sistem penyejukan menggunakan cecair yang diberi nama The Nine pada Note 10. Sebuah lagu keunikan Note 10 ialah kedua-dua mod CPU dan GPU Turbo boleh diaktifkan serentak dengan menekan sebuah butang khas pada bahagian sisi kanan peranti.

Memandangkan butang khas serta The Nine tidak wujud pada peranti lain keluaran Honor dan Huawei, besar kemungkinan CPU Turbo hanya akan disokong pada Note 10 buat masa ini.

ep2p-2