Google Duo Dikemaskini – Kini Menyokong Tablet Android Dan iPad – Amanz

Google Duo adalah aplikasi panggilan video dari Google untuk Android dan iOS. Ia sangat ringkas dan mudah digunakan. Tetapi sejak ia dilancarkan ia hanya menyokong telefon pintar. Bermula hari ini, Google Duo kini menyokong tablet Android dan iPad.

Walau bagaimanapun, kemaskini ini adalah secara berperingkat. Jika tablet Android anda atau iPad masih tidak boleh menggunakannya, anda perlu tunggu sehingga ia hadir secara rasmi. Jika tidak, pilihan bagi pengguna tablet Android adalah dengan memasang .APK.

Sewaktu Google Duo telah dilcancarkan, kami juga telah mencuba dan memberi pendapat. Anda boleh baca di sini.

Muat Turun Google Duo Di Apple App Store

Muat Turun Google Duo Di Google Play Store

ep2p-5small