20 pemain terbaik bersedia ke Sukan Asia – Kim Swee

Image result for kim swee b23JURULATIH Datuk Ong Kim Swee percaya beliau memiliki skuad terbaik untuk memberi cabaran hebat dalam saingan Sukan Asia Jakarta-Palembang bermula Rabu ini meskipun terpaksa menggugurkan dua pemain bagi melengkapkan senarai 20 pemain akhir.

Dua pemain yang tidak bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) negara ke Jakarta esok adalah penjaga gol Khatul Anuar MD Jalil dari Kuala Lumpur dan pertahanan tengah PKNS FC, Rodney Celvin Akwensivie.

Sementara penyerang, Hadi Fayyadh Abd Razak yang baru pulang daripada menyertai sesi percubaan dengan kelab Liga Divisyen Dua Jepun, Roasso Kumamoto turut dipanggil semula untuk memperkuatkan pasukan.

Menurut Kim Swee, beliau berpuas hati dengan barisan pemain yang dimiliki meskipun sebelum ini dihimpit dengan masalah kecederaan dan pelepasan pemain.


“Ini senarai terbaik kita dan saya percaya semua pemain yang disenaraikan mampu menggalas tugas di mana juga mereka diletakkan dalam posisi tertentu. Kemasukan Hadi juga memberi banyak ruang di bahagian serangan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan hari ini.

Dalam pada itu, Kim Swee mengakui insiden pergaduhan yang berlaku antara pemain dan pegawai Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Ahad lalu tidak mengganggu tumpuan mereka.

Malah, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk mengambil tindakan.

“Pemain hari ini tidak lagi menumpukan apa yang sudah berlalu, yang penting mereka kekal fokus dengan latihan dan tujuan utama mereka selepas ini. Kita tak perlu membangkitkan isu yang sudah lalu.

“Kita kena siap sedia untuk perlawanan pertama Rabu nanti. Itu terpulang kepada AFC untuk mengendalikan kes ini,” katanya yang mahu anak buahnya fokus untuk melepasi halangan peringkat kumpulan terlebih dahulu.

Dalam kempen Sukan Asia kali ini, Malaysia akan berdepan Kyrgyzstan Rabu ini di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung diikuti juara bertahan Korea Selatan (17 Ogos) dan Bahrain (20 Ogos) dalam Kumpulan E.

SENARAI PEMAIN SKUAD B-23

PENJAGA GOL

– Haziq Nadzli, 20 tahun, JDT;

– Ifwat Akmal Chek Kassim, 22, Kedah

PERTAHANAN

– Dominic Tan, 21, JDT

– Adam Nor Azlin, 22, JDT

– Adib Zainudin, 23, JDT II

– Rizal Ghazali, 26, Kedah

– Irfan Zakaria, 23, Kuala Lumpur

– Syazwan Andik Ishak, 22, Kuala Lumpur

– Syazwan Zaipol Bahari, 23, Perak

– Tommy Mawat Bada, 22, PJ Rangers FC


TENGAH

– Baddrol Bakhtiar, 30, Kedah

– Faisal Abdul Halim, 20, Pahang

– Danial Amier Norhisham, 21, FELDA United

– Nik Akif Syahiran Nik Mat, 19, Kelantan

– Syahmi Safari, 20, Selangor

PENYERANG

– Akhyar Rashid, 18, Kedah

– Safawi Rasdi, 21, JDT

– Syafiq Ahmad, 23, JDT

– Hadi Fayyadh Abdul Razak,18, JDT II

– R Kogileswaran, 20, Pahang


Comments

comments

ep2p-5small