Xiaomi Redmi 6 Dan Redmi 6A Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM349 – Amanz

Lanjutan daripada gambar acah semalam, hari ini Xiaomi Malaysia telah pun mengumumkan dua peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi 6 dan juga Redmi 6A.

Redmi 6 dan Redmi 6A meneruskan tradisi penawaran peranti pada harga mampu milik, dengan beberapa ciri-ciri terkini – termasuk sokongan dwi-kamera dan rekaan skrin pada nisbah 18:9.

Kedua-duanya hadir dengan skrin 5.45-inci dengan resolusi HD+, dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Redmi 6 menggunakan cip MediaTek Helio P22, memori 3GB RAm, storan 32GB, dan gabungan kamera belakang 12+5-megapixel.

Redmi 6A pula hadir dengan cip MediaTek Helio A22, memori 2GB RAM dan storan 16GB, serta kamera belakang 13-megapixel.

Redmi 6 boleh didapati bermula 25 Julai kelak pada harga RM499, sementara Redmi 6A pula boleh didapati pada harga RM349 bermula tarikh yang sama.

ep2p-5small