United tak mampu bayar gaji Bale – Craig Bellamy

Image result for bale man utdLONDON 21 Julai – Manchester United tidak mampu membayar gaji Gareth Bale, sekali pun mereka mahu mendapatkan pemain sayap Real Madrid itu, dakwa bekas rakan sepasukannya di Wales, Craig Bellamy.


Menurut media Britain, Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward dan Bale mahu memulakan rundingan untuk membawa pemain berusia 29 tahun itu ke Old Trafford.

Begitupun, Real enggan melepaskan Bale, pemain yang meledak dua gol penting ketika mereka mengalahkan Liverpool dalam final Liga Juara-Juara, Mei lalu, terutama selepas kehilangan Cristiano Ronaldo kepada Juventus.

Bellamy menegaskan, sekalipun United meneruskan langkah mendapatkan Bale, namun mereka bakal berdepan kesukaran kerana perlu menyamai gaji 350,000 pound (RM1.8 juta) seminggu selepas cukai yang dinikmati pemain itu di Santiago Bernabeu.

“Ke mana dia mahu pergi? Manchester United tidak mampu membayar gajinya, tiada pasukan yang mampu. Hanya ada satu kelab boleh bayar gajinya dan anda tahu siapa.

“Dia berada dalam dunia yang berbeza ketika ini. Dia perlu me­ngorbankan gajinya dalam jumlah yang banyak jika mahu berpindah ke tempat lain.

“Dia mungkin sanggup berkorban tetapi realistiknya, apakah ada kelab yang sanggup membayar harga tinggi untuk yuran perpindahannya pula? Mungkin 80 juta pound (RM427.03 juta) atau 90 juta pound (RM 480.41 juta),” kata Bellamy kepada Daily Star.



Sementara itu, majalah sukan Sepanyol, Don Balon melaporkan, Uni­ted mungkin terpaksa menawarkan Anthony Martial dan Paul Pogba jika mahu mendapatkan Bale.

Menurut Don Balon, pengurus United, Jose Mourinho sudahpun menawarkan Martial kepada Real dalam sebahagian perjanjian untuk mendapatkan Bale, namun Los Blancos mahu sesuatu yang lebih besar daripada itu.

Dalam perkembangan berkaitan, bintang tengah United, Ander Herrera percaya, penjaga gol yang turut menjadi sasaran Real, David de Gea akan kekal di Old Trafford. – AGENSI


Comments

comments

ep2p-2