(Root) Fail Mod Ini Mengaktifkan Pembesar Suara Stereo Pada OnePlus 6 – Amanz

OnePlus 6 adalah telefon pintar kelas utama dengan harga “bajet” terkini daripada OnePlus. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri yang bagi saya penting tidak hadir pada peranti ini – contohnya pembesar suara stereo. Kini, seorang pembangun di XDA telah menyediakan satu fail mod untuk mengaktifkan ciri ini pada OnePlus 6.

Secara asasnya, mod ini hanya mengubah earpiece di hadapan daripada untuk mendengar panggilan suara yang diterima kepada pembesar suara dengan aras suara yang lebih kuat. Disebabkan itu, jika anda menggunakan mod ini pada aras suara yang kuat atau kerap menggunakannya – earpiece OnePlus 6 anda boleh rosak.

Jika anda tidak hiraukan risiko, ini adalah caranya:

  1. Pastikan peranti anda telah diroot
  2. Pastikan sistem root yang digunakan adalah Magisk
  3. Muat turun modul Magisk ini
  4. Pasang modul tersebut melalui Magisk
  5. Kemudian pasangkan modul ini untuk kualiti audio yang lebih baik

AMARAN: Mod ini hanya berfungsi dengan baik jika anda menggunakan OxygenOS. Jika anda menggunakan ROM lain, peranti anda mungkin akan alami isu.

Jika anda selesai memasang, anda kini boleh melayan muzik dan filem dengan pengalaman stereo. Hanya ingat, gunakan mod ini secara berpada-pada dan jangan kerap digunakan.

ep2p-2