My Kuali: Untuk kesekian kalinya…

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin yang sejuk… hujan rahmat mencurah sejak pukul 4 pagi tadi… sejuk nyaman cuaca pagi ni. hati yang berkobar2 nak mulakan berbriskwalk pagi ni terus jer terbantut dek rahmat hujan pagi… ini juga sebenarnya alasan untuk nak bermalasan lagi!… masih dalam mood raya lagi kan?… weekend yang sibuk dengan tetamu beraya dan jugak kenduri yang back to back kena attend, juga jamuan raya jemputan dari kawan2. tu pun yang dekat2 jer dapat penuhi undangan, yang jauh tu mohon maaf lah ya sebab tak dapat hadirkan diri… jalan pun jammed semacam, semua orang nak raya kan… tu lah sebabnya dapo maya kak rose terbiar tak terjenguk!

dan untuk kesekian kalinya buat laksa johor untuk tetamu yang datang
mengejut ni… nasib baik ada kuah yang memang kak rose buat awal2 dan
frozenkan… so bila ade yang bagi tau ngejut2 cam ni, adalah jugak menu
nak hidang kan.. packs of spaghetti dan segala mak nenek dayang2 tu pun kena ready jugak lah… tapi kali ni minus the taugeh dan daun kesum pun tak dek… cuma apa yang ada dalam stok jer, maklumlah tukang beli semua tak de kat rumah…

 kuah laksa yang jadi penyelamat… kalau nak sediakan from scratch memang amik masa buat amatur macam kak rose ni!

 dua packs of spaghetti tengah berposing dalam piok pun nak enter frame!

dan nasib baik jugak stok marina tempura pun ada lagi… just gorengkan dua packs n cicah cili sos pun boleh jadi menu raya kan… laju jer cucu-cucu tu makan. mak pak jer yang makan laksa..

tetamunya….my elder sister dan husband with her extended family, menantu dan cucus… thanks for coming dan bawakkan nangka dan cempedak dari kampung peninggalan arwah mak dan bapak…

ep2p-5small