My Kuali: Popia satar

 Asalamualaikum dan salam pagi isnin… minggu baru dengan azam yang jugak baru… nak merajinkan diri untuk ke real dan maya dapo kak rose ni… dan bila belek2 fb, terpandang resepi popia satar ni… kebetulan ada tiga ekoq ikan selayang yang gemuk2 dalam freezer, moh ler kita transformkan untuk jadi popia satar ni… punya lah excited nak buat popia ni… bila dah siap bungkus tu baru teringat kak rose tak bubuh asam dalam adunan ikan tu… adoila… takkan nak bukak semula kan, so tawakal Allah dan cuba gorengkan… Alhamdulillah sedap bila dicicah dengan home made cili sos..

 jom tengok resepi yang kak rose amik dari perkongsian di fb… terima kasih tuan empunya resepi ya.

Bahan:

3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih )
10 biji cili api )
3 ulas bawang merah )
1 ulas bawang putih )ditumbuk
1 inci halia )
2 batang serai )
sedikit air asam jawa
garam dan gula

 dah ready, siap untuk dibungkus… kak rose bungkus macam otak2 popia tu… bentukkan square dan bungkuskan… lebih mudah nak goreng dan kulit popia pun garing dan rangup sekata.

 dengan tiga ekor ikan yang gemuk2… banyak boleh dapat popia ni…

 Cara:

Ikan yang direbus tadi dibuang tulang
tumbuk hingga hancur.
Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk
Masukkan air asam jawa
perasakan garam dan gula
Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
*saya tambah sedikit halba untuk rase kelainan. (kak rose tak letak)

terima kasih pada yang kongsikan resepi,
lain kali boleh cuba buat lagi
tapi make sure asam tu tak tertinggal lagi!
barulah boleh rasa satar yang ori…😋😋

ep2p-2