My Kuali: Kacang rebus yang sedap…

 rebus lagi baki kacang kuda untuk kudapan petang2 sambil gebang gebang dengan kawan selepas mengaji.. ramai pulak yang suka dengan kudapan simple macam ni… kali ni kak rose rebus guna periuk biasa instead of guna pressure cooker tu… tak tau nak beza, tapi rasanya merebus lama dengan cara ni lebih mesra rasa masin dan manis kacang tu… ya ada manis sbb kak rose bubuh garam dan sedikit gula masa kacang tu dah empuk… hmmm tak berenti mengunyah pulak bila dah stat makan…

dekat dua jam jugak lah kak rose merebusnya… lembut dan sedappp… kulit pun mudah nak buang. eh! nak tanya … kalau kawan2 makan kacang kuda ni buangkan kulit atau tak? kak rose mesti nak picitkan, buang kulit tu barulah makan… 

 

 yang ini jumaat lepas punya,  kak rose bawak g mengaji Al-Kahfi… ramai jugak yang suka kan kacang kuda rebus rupanya… Alhamdulillah…

ep2p-2