iOS 12 Hadir Dengan Sokongan Auto-isi Untuk Pengesahan Dwi-Faktor – Amanz

iOS 12 adalah sistem operasi terkini untuk iPhone dan iPad. Ia hadir dengan banyak perkara baru seperti Screen Time dan juga pengoptimasian sehingga 40% lebih pantas ketika melancarkan aplikasi. Baru ditemui adalah, iOS 12 mempunyai ciri Auto-isi untuk pengesahan dwi-faktor.

Funsgi auto-isi adalah mengisi kod-kod yang diterima melalui SMS untuk pengesahan dwi-faktor secara automatik. Ia sudah hadir lama dalam sistem operasi Android. Kini, Apple dilihat membawa ciri yang sekian lama hadir dalam Android ini terus ke iOS. Sama seperti Android, hanya beberapa aplikasi sahaja yang menyokong fungsi ini.

Buat masa ini, iOS 12 masih lagi dalam bentuk beta. Jadi, fungsi/ciri baru yang hadir mungkin tidak akan berfungsi dengan baik. Sama-sama kita tunggu kehadiran iOS 12 yang stabil beberapa bulan sahaja lagi.

ep2p-5small