Google Mungkin Hadir Dengan Sebuah Dermaga Pengecas Yang Mengubah Telefon Menjadi Speaker Pintar – Amanz

Bersama-sama pengenalan Android P tidak lama lagi, salah satu peranti yang turut dinantikan ramai pengguna seluruh dunia adalah Google Pixel 3. Ia merupakan telefon pintar yang hadir dan dibangunkan sendiri oleh Google – sekaligus sering hadir dengan beberapa pengoptimasian dan ciri-ciri menarik.

Terbaru, daripada penemuan kod pada aplikasi Google oleh 9to5Google, ia dilihat Google mungkin menawarkan sebuah dermaga pengecas khusus bersama-sama pengenalan Pixel 3 kelak, dinamakan Pixel Stand.

Apa yang menariknya mengenai dermaga pengecas ini adalah apabila pengguna mula mengecas peranti menggunakannya, ia boleh mengaktikfan dan mengoperasikan Google Assistant. Secara tidak langsung, ketika pengecasan, ia membolehkan anda mendapat pelbagai jawapan daripadanya seumpama sebuah speaker pintar – termasuk menyemak temujanji, bertanyakan pelbagai soalan, dan sebagainya.

Ia dikatakan sokongan Google Assistant boleh diakses ketika dihubungkan ke dermaga pengecas ini walaupun peranti adalah dikunci.

Seperti biasa, penemuan baru ini adalah berdasarkan kepada kod pembangunan pada aplikasi Google – dan tidak diketahui lagi sama ada “Pixel Stand” ini akan hadir dalam waktu terdekat atau sebaliknya.

ep2p-5small