Calon PH Kantoi Menipu? Bekas Calon PAS Nafi Sokong PH Di PRK Sungai Kandis



KUALA LUMPUR – Bekas calon PAS, Mohd Yusof Abdullah yang bertanding di DUN Sungai Kandis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu tampil menafikan dakwaan kononnya beliau menzahirkan sokongan kepada calon PH Mohd Zawawi Mughni yang bertanding mempertahankan kerusi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

Mohd Zawawi dalam kenyataan yang dipetik dari Sinar Online sebelum ini mendakwa ketika melawat bekas calon PAS itu di rumahnya, Mohd Yusof telah menyatakan sokongan terbuka dan berjanji akan mengajak anak-anak serta rakan-rakannya mengundi PH.

“Saya ada mengunjungi bekas calon Pas di Dun Sungai Kandis pada PRU14 dan beliau secara terbuka menyatakan sokongan kepada PH,” kata Mohd Zawawi.

Mengulas dakwaan tersebut, Mohd Yusof yang sedang terlantar sakit menyifatkan kenyataannya sengaja dimanipulasikan untuk kepentingan PH.

“Kenyataan saya telah dimanipulasikan. Maaf, saya perlu membetulkan berita yang telah disiarkan ini. Benar, Ustaz Zawawi Mughni, ada mengunjungi saya di rumah. Berkebetulan saya sedang terlantar sakit sejak sebulan yang lalu.

“Saya meraikan kedatangan beliau walaupun dalam suasana kehangatan kempen pilihan raya. Saya tidak pasti sama ada berita yang disiarkan adalah kenyataan dari Ustaz Zawawi sendiri atau tafsiran media.

“Apabila calon berkenaan meminta sokongan dan bantuan saya untuk ahli-ahli serta pengundi PAS mengundi beliau, secara tegas saya telah nyatakan bahawa pendirian saya adalah selaras dengan pendirian PAS. Saya tiada kuasa dan hak mengubahnya.

“Saya juga menyatakan bahawa soal pilihan dan sokongan adalah hak individu masing-masing. Tiada arahan rasmi untuk mengundi mana-mana calon dalam PRK Sungai Kandis ini,” ujar Mohd Yusof dipetik dari laporan HarakahDaily.

Sementara itu, tinjauan SuaraTV di laman sosial berkaitan isu ini mendapati kebanyakan netizen dipercayai penyokong PAS mengecam tindakan calon PH kerana memanipulasi dan didakwa menipu kenyataan berkenaan bekas calon PAS itu.

“Guru tahfiz pon kaki penipu,, nampak terdesak sangat dah puak ph ni mengelabah takut kalah latu,, itulah bila dah bersama parti kencing rakyat n menjadi kuda tunggangan dap harbi guru tahfiz pon boleh berubah menjadi bapak penipu,” kata Kamal Ariffn di ruangan komen Facebook Sinar Online.

“Ph mmg suka amik kesempatan…jumpa salam tangan amik gambar then viral…pastu cakap dia sokong ph,” kata Hidhr Husseyin secara sinis di ruangan komen yang sama.

“Takkan pengetua Tafiz nak menipu….? tak caya la, Dah suci tu dah direstu oleh kepala2 penyuci 4 partai jgn main2,” kata Al Imran pula.

“Jangan kita benarkan parti penipu, pembohong dan putar alam menang PRK. Pengundi Melayu sudah cukup sedar dgn putar belit Kerajaan PH diketuai penjawat awam berumur 93thn,” ujar Mohd Tarmizi Samsi pula memberi pesanan di laman tersebut.

Pada PRU14 yang lalu, kerusi DUN Sungai Kandis dimenangi calon PH dari PKR setelah memperolehi 23,998 undi mengalahkan mengalahkan calon BN Datuk Kamaruzzaman Johari yang mendapat 11,518 undi dan calon PAS Mohd Yusof (7,573 undi) serta calom PRM Hanafiah yang memperolehi 76 undi.

PAS tidak bertanding pada PRK Sungai Kandis kerana berpandangan peluang lebih cerah untuk pembangkang mengalahkan PH jika wujud pertandingan satu lawan satu antara PH dan BN. – SuaraTV

Kenyataan pertama di sebelah kiri oleh calon PH dari PKR, Mohd Zawawi disiarkan SInar Harian Online yang mendakwa mendapat sokongan bekas calon PAS Mohd Yusof. Kenyataan kedua (kanan, disiarkan HarakahDaily) beberapa jam kemudian dari Mohd Yusof yang menafikan menyokong Zawawi dan PH pada PRK Sungai Kandis ini.



ep2p-2