bazookapenaka.my | Penyokong Indonesia biadap!

Timnas Thailand U-16 vs Timnas Malaysia U-16KUALA LUMPUR: Belum pun reda dengan insiden serangan balingan botol ke atas skuad Bawah 19 tahun (B-19), penyokong Indonesia seakan tidak serik apabila terus melakukan provokasi melampau kepada skuad bola sepak negara.

Kali ini, giliran skuad B-16 pula menjadi mangsa apabila ‘didendangkan’ dengan sorakan yang menghina dan kesat pada aksi Kejuaraan B-16 Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2018 di Stadium Joko Samudro, Surabaya, malam tadi.


Meskipun aksi membabitkan Malaysia bertemu Thailand, namun penyokong Indonesia nyata lebih berkobar-kobar untuk memberi ‘sokongan’ apabila melaungkan ‘Malaysia itu anjing’ dan juga ‘Amirul itu anjing’ pada perlawanan itu.

Provokasi itu dilihat berpunca susulan pemain muda negara, Amirul Ashrafiq Hanifah yang dituduh menghina bendera Indonesia apabila meletakkan bendera terbalik dalam Instagram Story miliknya ketika membuat ucapan ringkas sebelum berlepas ke Surabaya.

Namun, Amirul sudah menyatakan permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan ia bukan provokasi sebaliknya hanya kesilapan meletakkan bendera Poland.




Pada aksi itu, anak buah Raja Azlan Shah Raja So’ib membuka kempen mereka dengan langkah kiri apabila tumbang 1-2 di tangan juara tiga kali, Thailand.

Provokasi terbaharu itu sudah pasti mengundang hukuman terhadap Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) memandangkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pernah didenda atas kesalahan sama sebelum ini.

FAM didenda AS$30,000 (RM121,000) oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) apabila penyokong Malaysia melaungkan sorakan ‘anjing’ kepada penyokong Brunei dan Singapura pada Sukan SEA 2017.

Penyokong Malaysia melaungkan sorakan ‘Brunei anjing dibunuh saja’ pada aksi bertemu Brunei, 4 Ogos 2017 dan sorakan berbentuk sama ketika bertemu Singapura dua hari kemudian sekali gus menyaksikan AFC mengenakan denda sebanyak AS$15,000 (RM61,000) bagi setiap kesalahan.


Comments

comments

ep2p-5small