Tidak Betul Kalau Kata Semua Dalam UMNO Rosak dan Punah – Anwar Ibrahim



KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap UMNO mampu kembali pulih dan menjadi pembangkang yang bertanggungjawab.

Beliau percaya parti itu sedang melalui saat yang getir dan memerlukan semangat baharu.

“Dia hidup dalam budaya kuasa dan budaya wang yang cukup banyak dan untuk bertahan, parti itu memerlukan semangat baharu,” kata Anwar dalam temubual program mingguan AI yang disiarkan pukul 8.15 malam ini di saluran 501 Astro AWANI.

Tambahnya, UMNO mempunyai hak sebagai sebuah parti politik untuk bangkit dan memainkan peranan dalam arena politik negara.

“Mustahil kalau kita kata semua dalam UMNO itu rosak, punah belaka. Itu tak betul.

“Pengalaman kalah teruk dan perpecahan dalaman BN pastinya mendewasakan UMNO dan mudah-mudahan parti itu berperanan memantau Pakatan Harapan dan menjadi suara yang berkesan di Parlimen sebagai pembangkang,” ujarnya. – Awani



ep2p-5small