Plat Pendaftaran Kenderaan Digital Diperkenalkan Di California Dengan Skrin E-Ink – Amanz

Plat nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia biasanya diperbuat daripada plastik atau logam. Ini ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkannya sejak berdekad lamanya. Di California, plat pendaftaran kenderaan digital telah mula digunakan dan ia dilengkapi skrin e-ink.

Buat masa ini ia hanya boleh digunakan pada bahagian belakang kenderaan. Selain nombor pendaftaran, maklumat mengenai tempoh luput cukai jalan turut akan dipaparkan. Sekiranya kenderaan dicuri, sistem GPS terbina pada plat pendaftaran kenderaan digital ini akan memudahkan ia dijejak oleh pihak berkuasa dan skrin akan memaklumkan kenderaan telah dicuri.

Maklumat pemandu masih lagi menggunakan lesen percubaan, adalah pemandu OKU dan pembayaran tiket tempat leta kereta juga boleh dipaparkan sekiranya perlu di masa hadapan.

Pada masa yang sama ia boleh menerima maklumat untuk memaparkan amaran seperti bencana alam atau anak yang diculik (Amber Alert). Bagi yang berminat, iklan juga boleh dipaparkan untuk menjana pendapatan sampingan. Setiap plat pendaftaran kenderaan digital ini dijual pada harga $699 (~RM 2785) sekeping dengan yuran bulanan $7 (~RM 28).  Sistem yang seakan sama turut dilancarkan di Dubai pada bulan April yang lalu.

ep2p-5small