Peranti Android Go Keluaran Samsung Dilaporkan Akan Memasuki Pasaran Malaysia – Amanz

April lalu markah penanda aras sebuah peranti Android Go keluaran Samsung tertiris ke arena web. Peranti Samsung SM-J260G yang tertiris ini mungkin akan dilancarkan di Malaysia mengikut laporan Sammobile. Selain negara kita, ia turut akan dilancarkan di beberapa lagi negara Asia Tenggara seperti Thailand dan Singapura.

Pelancaran ini dilihat sebagai ujian untuk melihat sama ada terdapat pasaran untuk peranti Android Go keluaran mereka. Kerana ia peranti Android Go, ia tidak akan menggunakan pelancar Samsung Experience. Selain Asia Tenggara, peranti akan turut dilancarkan di Amerika Selatan serta Eropah.

Samsung SM-J260G dilengkapi memori sebesar 1GB RAM dan pemproses Exynos 7570 edisi Go. Ia pastinya sebuah peranti kelas permulaan yang paling asas. Seperti biasa sambutan terhadap peranti seperti ini amat bergantung kepada harga jualannya kelak.

ep2p-5small